Categories: Berita

Modenas Karisma 125S 2022 tiba pada RM5,397

DENGAN TIGA PILIHAN WARNA DAN CIRI-CIRI YANG DINAIK TARAF, ANDA TIDAK MAHU KETINGGALAN MENDAPATKAN MODENAS KARISMA 125S 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MODENAS telah lancar skuter kompak terbaru menerusi Karisma 125S 2022.

Menurut MODENAS, Karisma 125S telah dinaik taraf untuk 2022. Motosikal itu kini didatangkan dengan enjin satu silinder 4 lejang 124.8cc yang kini memenuhi piawaian EEV dan Euro4.

Walaupun bertaraf Euro4, skuter kompak itu masih menawarkan 9.4hp @7,500rpm dan 10Nm @6,000 seperti generasi sebelum yang dilancarkan pada 2016. Sementara itu, semua kuasa disalurkan melalui transmisi jenis CVT.

Related Post

Namun, kapasiti tangki lebih besar iaitu 5.1L berbanding 4.6L sebelum ini. Aspek reka bentuk telah dikemas kini dan kelihatan lebih sporty serta dipadankan dengan grafik yang terang.

Karisma juga didatangkan dengan lampu LED dengan fungsi DRL (lampu nyalaan siang hari), ruang simpanan 14L dengan ruang di depan untuk menyimpan barang kecil. Ia juga mempunyai soket pengecas USB dan lampu kecemasan.

Modenas Karisma 125S datang dengan tanda harga RM5,397. Ia datang dengan tiga pilihan warna yang menarik; Mystic Red, Duchess Gold dan Aqua Blue.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah