Kawasaki Bawa Motor Elektrik Terbaru ke UK pada Oktober 2023

Berita baru-baru ini menyatakan bahawa Kawasaki akan segera mengeluarkan dua motor elektrik di UK pada bulan Oktober 2023.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Senarai yang bakal dikeluarkan adalah naked Z e-1 dan Ninja e-1 yang menggunakan enjin sama seperti Kawasaki Ninja 125 dan Z125.

Justeru itu, kedua-dua motor ini kongsi kekuatan maksima yang sama iaitu 12.1bhp di dalam rangka trellis.

Seperti motosikal elektrik yang lain, Ninja dan Zed turut dilengkapi dengan mod ‘Road’ dan ‘Eco’ serta gear reverse bagi memudahkan parking di kawasan sempit.

Kekuatan maksima turut boleh diakses untuk tempoh yang sekejap menerusi pilihan ‘e-boost’ yang membantu capat kelajuan maksima 61.5mph.

Related Post

Bagi cas batteri motosikal ini, pengguna harus mengeluarkan batteri kembar lithium-ion dan menggunakan dock ataupun cable di bawah seat.

Kali pertama motosikal elektrik sama seperti naked 125 ini diperlihat adalah di Intermot Trade Show 2022, Cologne.

Ini diikuti dengan demonstrasi prototaip elektrik dan hybrid sebelum permulaan perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Jam.

Berkongsi kepada media, Pengarah Urusan Kawasaki Motors Europe, Mr Masaya Tsuruno berkata “Ini adalah prototaip motosikal sebenar. “Kami sedang giat membangunkan motosikal EV dan hibrid untuk dibawa ke pasaran. Hari ini, saya gembira untuk melihat pratonton peluang unik untuk melihat motosikal pengeluaran prototaip EV pertama Kawasaki. “Sekarang, satu lagi topik besar, neutraliti karbon,” sambungnya.

“Masyarakat antarabangsa menuntut tindakan tegas. Di Kawasaki kami telah melabur dalam permintaan ini – bukan sahaja dengan EV tetapi juga semua pilihan berpotensi lain. Kami juga akan membangunkan model inovatif dengan enjin pembakaran dalaman.” Basikal itu sendiri akan disiapkan dalam warna perak metalik dan hijau limau matt, dengan ciri kemas termasuk sengkang TFT dengan sambungan telefon pintar – memaparkan maklumat seperti julat, meningkatkan ketersediaan, mod tunggangan anda dan banyak lagi.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz