HONDA MELANCAR HONDA CT125 HUNTER CUB DI THAILAND. PRA-TEMPAH SUDAH BERMULA! HARGA PADA 84,900 BAHT, RM 11,550; LEBIH MURAH DARI C125 DI MALAYSIA!

Honda melancar Honda CT125 Hunter Cub di Thailand beberapa hari yang lalu. Dengan harga 84,900 Baht (RM 11,500 atau 2,600 USD) pra-tempah untuk motosikal ini telah bermula. Motosikal ini boleh ditempah untuk 1,000 Baht, iaitu RM 135 atau 32.6 USD!

Menurut beberapa sumber, pembeli dari Bangkok boleh mendapat motosikal ini pada hari yang sama. Manakala, di daerah lain pula, motosikal ini dijangka sampai pada minggu yang sama.

 

Dua minggu yang lalu, Honda Jepun mengumumkan penangguhan penghantaran CT125 untuk Jepun. Ini kerana pengeluaran terhad di kilang Honda Thai. Namun, ketika CT125 dibuat di Thailand, Thailand adalah negara pertama yang mendapatkan CT125 baru sekarang!

Related Post

Walaupun CT125 akan dilancar di Thailand hari ini, peminat Cub sekitar dunia amat gembira untuk lihat CT125 masuk dalam pasaran di luar Jepun. Kenapa? Dalam barisan CUB, hanya C125 Super Cub sedia untuk pasaran di luar Jepun dan motosikal seperti Honda Cross Cub hanya boleh didapati di Jepun – Menjadikan CT125 Cub moden kedua untuk dijual di luar pasaran Jepun.

Melihat minat ramai orang dan situasi semasa, kami jangka CT125 mempunyai peluang tinggi untuk memasuki pasaran lain. Manakala, dengan pandemik COVID-19 yang berterusan, perincian mengenai bila Honda akan membawa motosikal ini ke negara lain tetap menjadi soalan.

Ingin mengetahui spesifikasi, maklumat pelancaran dan perincian mengenai Honda CT125 Hunter Cub? Baca semua tentang motosikal ini di sini:

Tarikh lancar, spek dan harga rasmi Honda CT125 Hunter Cub 2020

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan