Dani Pedrosa, penunggang Sepanyol telah pun mempunyai kerjaya yang panjang dan berjaya dan selepas 18 musim dalam kejuaraan dunia, little “Samurai”, nama gelaran yang diberi, membuat keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penunggang MotoGP. Sepanjang kerjayanya, dia telah mendapat lebih daripada 200 jahitan pada badannya.

290 perlumbaan telah meninggalkan peringatan yang menyakitkan pada badan Dani Pedrosa dengan ketinggian 150m dan berat 50kg, penunggang Sepanyol ini mengalami banyak kecederaan serius sepanjang kerjayanya dalam bahagian 125 cc, 250 cc serta MotoGP. Kebanyakan kecederaannya tidak membenarkan Pedrosa untuk memenuhi dengan sepenuhnya apa yang dikatakan oleh ramai orang bahawa dia mampu mencapai, gelaran pelumba MotoGP.

Kini bersara dari perlumbaan dan memegang peranan baru sebagai penunggang uji bagi KTM Factory MotoGP, Dani Pedrosa memasuki sebuah dokumentari yang dipanggil “The Silence of the Samurai”, yang menggambarkan kehidupannya di dunia perlumbaan dan juga pada tahap peribadi.

Dalam dokumentari ini, bekas penunggang Repsol Honda bercakap tentang kecederaan yang dialami dan salah satu aspek yang menonjol adalah jumlah parut yang ada pada tubuhnya disebabkan oleh banyak pembedahan yang dia ada pada sepanjang jalannya dan bagaimana kecederaan itu mempengaruhinya.

Related Post

“Satu, dua, tiga ataupun empat kecederaan…tidak memberi kesan yang banyak. Tetapi kecederaan yang banyak pada masa yang sama, ya. Kecederaan pada saat yang penting meninggalkan anda dengan parut yang lebih mendalam dan ia lebih sukar untuk memulih. Detik-detik yang meninggalkan tanda pada anda. Ia akan menukar perspektif serta watak anda. Saya tidak pasti berapa banyak jahitan yang saya ada tetapi saya jangka sebanyak 200 lebih. Ia adalah sebuah pengalaman yang anda perlu harungi”, kata Dani Pedrosa.

Selain daripada kelebihan sebagai pelumba terkecil dalam MotoGP, dengan berat badan yang lebih rendah digabungkan dengan motosikal berbanding dengan penunggang lain, memberi pecutan yang lebih baik, juga mempunyai kelemahannya.

Dani Pedrosa memecahkan tulang lehernya beberapa kali (7 pembedahan), memecahkan pergelangan kakinya dengan teruk dalam kemalangan di Phillip Island pada tahun 2003, hampir setiap tulang di tangannya telah dipecahkan pada satu masa, lengan bawahnya telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali untuk membolehkannya untuk memiliki kekuatan dalam lengannya untuk menunggang motosikal MotoGP, dan dia juga mempunyai banyak pembedahan yang lebih kecil, 16 pembedahan di belakangnya.

Dani Pedrosa mungkin tidak mempunyai gelaran MotoGP pada namanya, tetapi parut pada tubuhnya yang dia akan ambil sepanjang hayat adalah satu testimoni yang hebat bahawa impian anda tidak datang tanpa pengorbanan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan