Categories: Berita

MODENAS memilih tiga pemenang untuk destinasi pilihan mereka

TIGA PEMENANG BERTUAH YANG DIPILIH OLEH MODENAS ADALAH UNTUK BULAN JUNE, JULAI DAN OGOS.

Sumber gambar: Modenas Malaysia

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah mengumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan “MODENAS Global Pulsar Mania”. MODENAS menganjur pertandingan ini bersempena dengan hari kemerdekaan ke-62.

Pertandingan ini berlangsung dari Mei 20 hingga Ogos 31. Ia terbuka kepada semua pembeli baru Modenas Pulsar NS200 atau RS200 yang telah didaftar dalam tempoh yang ditetapkan. Semua peserta hanya perlu muat naik gambar paling kreatif dengan motosikal Pulsar baru mereka di laman Facebook rasmi MODENAS untuk peluang memenangi perjalanan all-expense-paid bagi dua ke destinasi pilihan dari 20 negara. Negara-negara ini termasuk Argentina, Costa Rica, Peru, Poland, Turkey dan banyak lagi. Kesemua negara tersebut mempunyai motosikal Pulsar. Hadiah termasuk, tiket penerbangan, penginapan, pengaturan pelancongan dan panduan perjalanan.

Pemenang Jun: Muhammad Asrulnizam Ridzuan | Sumber gambar: Modenas Malaysia

Related Post

Pemenang Julai: Kamaruzaman Yusof | Sumber gambar: Careta

Syarikat ini memilih tiga pemenang bulanan berdasarkan penyertaan mereka untuk June, Julai dan Ogos. Mohammad Azulnizam Ridzuan, 24 tahun, Akaun Eksekutif dari Selangor menjadi pemenang bertuah untuk bulan June. Dia memilih Poland sebagai destinasi pilihannya. Kamaruzaman Yusof, 47 tahun Pegawai IT dari Kuala Lumpur adalah pemenang bagi Julai. Dia pula memilih Peru sebagai destinasi pilihannya. Pemenang bagi bulan Ogos adalah Muhamad Zuhdi Farhan Suhaimi, 27 tahun perunding dari Kuala Lumpur memilih Turkey sebagai destinasi impiannya.

MENURUT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MODENAS, ROSLAN ROSKAN, MODENAS TELAH MENDAFTAR 829 UNIT BARU SEPANJANG 3 BULAN PERTANDINGAN INI.

“Edisi kedua Global Pulsar Mania telah mendapat banyak penyerahan. Oleh kerana kejayaan promosi ini, kami merancang untuk menganjurkannya semula tahun depan, dengan hadiah yang lebih besar dan lebih baik. Pertandingan seterusnya akan diumumkan di laman Facebook MODENAS Malaysia dan Instagram, jadi sila ikuti kami dan perhatikan pengumuman ini,” tambah Roslan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah