Categories: Berita

Tenangkan diri dengan topi keledar Feher ACH-1

Ketika menunggang motosikal, terdapat beberapa perkara yang mungkin mengecewakan anda: pejalan kaki yang tidak lihat sebelum melintas jalan, pemandu kereta yang tidak peduli tentang penunggang motosikal dan juga suhu tempatan mungkin memeningkan anda. Dalam masa-masa itu anda perlu bertenang dan itulah sebab Feher mereka topi keledar baru.

ACH-1 adalah topi keledar yang mempunyai sistem pendingin hawa untuk merendahkan suhu dalam topi keledar dan menurut Feher, perbezaan dalam suhu boleh mencapai 15 darjah!

A/C unit dipasang pada bahagian belakang topi keledar dan bersambung kepada bateri motosikal anda untuk berfungsi dan pam udara sejuk ke dalam topi keledar. Feher mengguna teknologi sama seperti yang digunakan oleh Ferrari dan Bentley, dan pembinaan unik rangka luar bersempena dengan Tubular Spacer Fabric mereka yang mengedarkan udara sejuk secara sama rata dalam topi keledar.

Dengan ini, para penunggang tidak akan rasa udara sejuk langsung pada muka.

Related Post

Menurut syarikat, topi keledar ACH-1 tidak begitu berat. Kebimbangan kami adalah dengan A/C unit yang dipasang pada bahagian belakang topi keledar, tetapi Feher mengguna kevlar fiber yang diperkuatkan dengan komposit fiberglass untuk mereka rangka luar dan tidak ada liang-liang udara jadi berat topi keledar ini hanya 1450 g, lebih ringan berbanding dengan topi keledar modular lain yang didapati hari ini dan 250 g ringan berbanding dengan topi keledar lumba.

Dan bagaimana pula dengan harga?

Feher menjual topi keledar ini melalui laman web mereka dan harga biasa ditetapkan pada $599 dolar AS dengan $50 dolar diskaun sebagai promo pelancaran khas. Ini diterjemahkan kepada RM2,452, dan jika anda ingin memiliki satu anda boleh hubungi merek untuk maklumat lanjut.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah