Categories: Event

Honda BigWing – Cawangan pertama di Malaysia !

Boon Siew Honda (BSH) telah membuka cawangan Honda BigWing pertama sekali di Setapak, KL. BigWing merupakan satu pusat sehenti motosikal berkuasa tinggi yang mempunyai enjin capasiti 250 cc ke atas. Pusat Honda BigWing ini mempunyai bahagian jualan, servis, alat ganti dan ruang rehat.

Cawangan Honda BigWing di Setapak mempunyai keluasan 5,535 kaki persegi dan mempunyai 3 kawasan untuk servis. “Pada minggu lepas, kita telah menyambut pembukaan Honda BigWing dengan pelanggan sebanyak 100 lebih sempena MotoGP Winter Test. Mereka amat teruja dengan pengalaman mereka di litar Sepang dan juga berpeluang untuk menjumpai juara-juara MotoGP. Kepada pelanggan BigWing, kami akan memberi kepelbagaian aktiviti” kata Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan CEO untuk BSH.

Menurut BSH, pada masa hadapan, senarai aktiviti yang akan dianjurkan termasuk acara konvoi serta pertemuan untuk pelanggan BigWing. Tambahan pula, pelanggan BigWing juga akan diberi kad ahli BigWing. Dengan adanya kad ini, pelanggan dapat menikmati diskaun minimum 10% ke atas alat ganti dan aksesori Honda asli, pakej insuran khas serta khidmat nasihat daripada juruteknik pakar. Senarai aktiviti ini akan dilaksanakan sepanjang tahun.

BSH telah memberikan jaminan mereka kepada para pelanggan yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengunjungi BigWing Setapak bahawa mereka sedang merancang untuk membuka 3 lagi cawangan pada 2018. Lokasi untuk ketiga-tiga cawangan ini adalah di Penang, Selangor dan Johor.

Selain dari acara perasmian BigWing, BSH juga megambil kesempatan untuk mempertontonkan dua motosikal baru bagi pasaran Malaysia iaitu Honda X-ADV dan Honda CRF1000L Africa Twin.

Related Post

BSH juga menambah bahawa mereka ingin meningkatkan lagi jualan motosikal berkapasiti tinggi sebanyak 30%.

Harga umum hanya akan didedahkan pada acara pelancaran tetapi BSH telah mengesahkan bahawa harga serendah RM70k akan ditawarkan untuk Honda X-ADV dan boleh didapati dalam bulan April 2018. Untuk motosikal yang lebih besar, Africa Twin, BSH  mengumumkan harga motosikal tersebut berada antara RM80K ke RM90K yang akan dilancarkan pada bulan Mei tahun ini.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah