Categories: Berita

WMoto dilancarkan di Malaysia dengan Cub Classic 110 baru

Selepas pelancaran jenama motosikal tersendiri SM Sport pada 2017, MForce Bike Holdings telah mengambil langkah seterusnya dengan memperkenalkan jenama motosikal kedua mereka WMoto atau Wawasan Moto. Jenama ini akan dilancarkan di Malaysia dengan model cub baru, Cub Classic 110.

Matlamat Cub Classic 110 adalah untuk menarik penunggang yang sedang mencari motosikal dengan harga yang berpatutan tetapi pada masa yang sama menunggang dengan gaya. Model cub dari VMoto adalah jawapannya!

Cub Classic 110 ini mempunyai enjin silinder tunggal, enjin ini adalah unit 4 lejang dan mematuhi Euro3 yang bermakna ia bukan sahaja menonjol prestasi hebat untuk kelasnya tetapi pada masa yang sama melindungi alam sekitar dengan tahap pelepasan rendah. Dengan anjakan 109.2 cc, Cub Classic 110 mampu menjana 6,4 hp sebagai kuasa maximum pada 7500 rpm manakala tork sebanyak 8 Nm dijana pada 5500 rpm.

Pengisian bahan api dilakukan dengan bantuan daripada karburator.

Related Post

WMoto melengkapi model cub dengan brek depan dan belakang yang bukan sahaja mampu memberhentikan Cub Classic dengan berat 100 kg hanya dengan menarik tuil brek tetapi juga memberi lebih keyakinan apabila menunggang dalam gaya sporty.

Kapasiti tangki minyak hanya 4 liter, tetapi enjin SOHC berjanji untuk menawar jarak perjalanan yang panjang jadi ini bukan satu masalah. Suspensi pada model cub ini menggunakan fork terbalik dan sepasang penyerap hentak pada bahagian belakang yang boleh dilaras untuk preload.

Untuk kesenangan yang lebih baik, motosikal WMoto ini dilengkapi dengan pedal elektrik dan kick-start, port caj USB supaya anda boleh mengecas telefon pintar anda di mana sahaja, lampu LED dipasang pada kedua-dua lampu depan dan belakang, dan kerusi belakang mudah dialih sehingga Cub Classic 110 dapat digunakan sebagai seater tunggal atau ganda.

MForce mengumumkan Cub Classic 110 sudah sedia di Malaysia untuk RM4588 ( tidak termasuk SST, yuran pendaftaran dan insurans).

Warna yang sudah sedia adalah matte red, matte green dan matte black.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah