Cuba bayangkan: Anda dengan superbike anda yang hebat dengan mod perlumbaan, trek yang dibuka hanya untuk anda dan beberapa pelumba lain yang ingin merasakan adrenalin menunggang secepat yang mereka boleh. Semuanya seolah-olah sempurna dan kadang-kadang anda merasakan anda adalah lelaki terpantas di luar sana … sehingga seseorang menunjukkan anda sebenarnya anda tidak begitu pantas!

Diterbitkan di Youtube oleh pengguna Sebastian Vittel – bukan Sebastian Vettel, dari Formula1 – pada awal bulan Mac, video dengan tajuk “Apabila anda fikir anda cepat … dan kemudian Valentino Rossi memotong anda seperti bos!! WET and COLD track” menjadi viral dalam beberapa jam terakhir.

Memanglah menambah nama Valentino Rossi pada video membantu untuk meningkatkan minat kami, dan youtuber ini sudah mempunyai lebih daripada 500.000 tontonan video ini tentang dia menunggang raksasa Aprilia RSV4 di litar lumba Magny Cours GP, dan jumlah tontonan terus meningkat.

Menurut Sebastian Vittel, dia dipotong oleh penunggang lain, kononnya Rossi.

Related Post

Walaupun dia cukup cepat memandangkan asfalt basah dan sejuk, seorang penunggang lain melepasi dia di titik brek.

Soalannya ialah: Adakah itu Valentino Rossi?

Lihat video dalam kelajuan normal, buat seketika ia kelihatan seperti Rossi dengan kakinya buka seperti biasa dilakukan dalam MotoGP, tetapi jika anda henti video pada masa yang tepat, jelas bahawa ia bukan Rossi.

Tetapi lihat video di bawah ini kerana siapa saja yang memotong Sebastian Vittel, adalah pelumba yang sangat pantas!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah