Categories: Berita

GPX Tuscany ialah kembar Vespa tetapi dengan ciri-ciri canggih

GPX AKAN MELUASKAN BARISAN MEREKA DENGAN MODEL RETRO GPX TUSCANY 150 SERBA BARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Jenama motosikal Thailand, GPX semakin popular di pasaran Asia Tenggara selepas memperkenalkan beberapa siri motosikal.

Baru-baru ini, GPX mengembangkan portfolio mereka dengan pelancaran GPX Tuscany 150, skuter gaya retro yang kelihatan diinspirasikan oleh jenama popular, Vespa.

Menariknya, Tuscany 150 adalah hasil usaha sama antara GPX dan pengeluar skuter Taiwan, SYM. Kedua-duanya sebelum ini telah bekerjasama melalui skuter Drone GPX. Syarikat itu melancarkan skuter itu pada penghujung tahun 2020.

Related Post

Untuk pasaran Thailand, GPX Tuscany 150 didatangkan dengan dua varian. Walau bagaimanapun, kedua-duanya berbeza dalam ketersediaan sistem kunci. Varian tertinggi datang dengan fungsi ‘tanpa kunci’.

Sementara itu, Tuscany 150 menampilkan enjin satu silinder SOHC, 2 injap penyejuk udara 149.6cc dan menawarkan transmisi automatik jenis CVT.

Model ini juga dilengkapi dengan fork teleskopik depan, penyerap hentakan kembar belakang dan cakera brek depan. Ia mempunyai sistem brek CBS (sistem brek gabungan) juga.

Walaupun kelihatan retro, Tuscany 150 ini masih dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti panel meter digital LCD, lampu LED dan pengecas USB.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah