Categories: BeritaSukan Motor

Marc Marquez tidak akan berlumba di Qatar hujung minggu ini

PASUKAN PERUBATAN TELAH MEMUTUSKAN BAHAWA PELUMBA SEPANYOL INI MEMERLUKAN LEBIH BANYAK MASA UNTUK PULIH KE TAHAP OPTIMUM SEBELUM KEMBALI KE AKSI PERLUMBAAN MOTGP.

Marc Marquez tidak akan sertai perlumbaan hujung minggu ini di Qatar.Marc Marquez tidak akan sertai perlumbaan hujung minggu ini di Qatar. Pasukan perubatan pelumba Sepanyol dari Hospital Ruber Internacional telah membuat keputusan dan mengatakan ia masih awal lagi untuk Marquez kembali ke aksi MotoGP berdasarkan keadaan semasanya.

Diketuai oleh doktor Samuel Antuña dan Ignacio Roger de Oña, pasukan tersebut melakukan tinjauan mengenai keadaan Marquez. Pasukan ini juga terdiri daripada doktor De Miguel, Ibarzabal dan García Villanueva. Mereka telah memutuskan bahawa 15 minggu selepas operasi untuk pseudoarthrosis pada humerus kanan yang dijangkiti, tindak balas klinikal yang baik telah dijumpai selepas intensiti dalam latihannya ditingkatkan.

Related Post

Walaupun begitu, disebabkan oleh jangka masa dan keadaan proses pemulihan tulang semasa, doktor memutuskan bahawa tidak perlu mempercepat kepulangan pelumba Repsol Honda Team ke trek selepas jangka masa tidak aktif yang lama. Ini juga mengelakkan risiko pada humerus dalam persaingan yang sengit.

Marquez akan menjalani satu lagi pemeriksaan perubatan pada hari Isnin, 12 April.

MARC MARQUEZ (REPSOL HONDA TEAM)

“Setelah pemeriksaan terakhir dengan pasukan perubatan, para doktor telah memberitahu saya bahawa perkara yang paling bijaksana adalah untuk tidak mengambil bahagian dalam Grand Prix Qatar dan meneruskan rancangan pemulihan yang telah kami ikuti dalam beberapa minggu terakhir. Saya memang ingin kembali berlumba di perlumbaan pembukaan Kejuaraan Dunia, tetapi kami harus terus berusaha untuk dapat memulihkan keadaan optimum yang membolehkan kami kembali ke persaingan.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan