LEBIH BANYAK BLING, LEBIH BANYAK KEGEMBIRAAN! LIHATLAH FTR 1200 YANG MENONJOL INI.

Indian FTR 1200 | Sumber gambar: Pipeburn

Jika anda seorang peminat penampilan yang menarik, anda pasti akan gemar kustom Golden Eye menarik ini. FTR 1200 lebih daripada kegemaran flat trek, ramai orang dari seluruh dunia ingin memiliki jentera ini. Thomas Castany dari Indian Metz berjaya dapat motosikal ini dan memberinya rawatan kustom dengan nama ‘Over Light’.

FTR 750 mendominasi perlumbaan American Flat Track pada tiga tahun pertamanya. Versi jalan mempunyai unsur-unsur lumba dan jualan motosikal ini sangat berjaya. Dengan itu, Indian Metz bercadang untuk mengubahsuai FTR 1200 untuk meningkat penampilan jalan dan lumbanya. Menurut Pipeburn, Thomas menuju ke ibu pejabat Indian di Amerika dan bertemu dengan Roland Sands dan Travis Pastrana.

Sumber gambar: Pipeburn

Sumber gambar: Pipeburn

Dia kemudian mendapat model FTR 1200 S dengan tiga mod tunggang dengan berat 235kg. Idea pertama Thomas adalah untuk kurangkan berat jentera ini dengan menambah gentian karbon.

Related Post

Thomas mengeluarkan penutup tangki stok dan menambah karbon pada motosikal. Kemudian dia mengubah pelindung radiator dengan penutup aloi. Dia juga menukar pelindung depan dengan fork karbon dan satu set plat lumba.

Sumber gambar: Pipeburn

Sumber gambar: Pipeburn

Bagi luaran motosikal, AR Performance diberi peluang dengan kerja cat dan grafik. Bahagian-bahagian karbon disembur dengan kilat hitam. Untuk memberi sentuhan glamor, mereka menambah jalur emas dan putih. Kemudian dia memasang panel perak dan nombor lumba pasukan. Thomas juga mendapat idea untuk menyembur lapisan cat emas dan membuat beberapa huruf pada tayar replika Dunlop DT3-R.

Motosikal ini datang dengan enjin V-kembar lapan injap. Ia mempunyai tork lancar dan mampu berbunyi kuat pada 9,000 rpm. Untuk mengurangkan lagi berat motosikal, Thomas menambah muffler S&S Grand National Slip-On jenis keluli tahan karat dengan penutup gentian karbon.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan