Categories: Berita

British Norton terpaksa memasuki pentadbiran

FIRMA YANG BERPANGKALAN DI LEICESTERSHIRE, NORTON TELAH MEMASUKI PENTADBIRAN SELEPAS LAPORAN MENGENAI MASALAH PEMBAYARAN CUKAI. MENYEBABKAN 100 PEKERJAAN DI KILANG CASTLE DONINGTON BAWAH RISIKO.

Pengeluar British, Norton, dikenali dengan penglibatan mereka dalam sukan motor. Model terkenal, Dominator dan Commando adalah barang pengumpul sekarang. Tambahan pula, Dominator SS dipaparkan dalam filem James Bond Spectre beberapa tahun lalu.

Norton pada mulanya menghadapi masalah kewangan. Nasib baik, usahawan dan pemaju harta Stuart Garner datang untuk menyelamatkan mereka.

Namun, menururt The Guardian dalam salah satu penerbitan bagi March 2018, Akauntan Norton HSKS Greenhalgh berkata: “[Norton adalah] bergantung pada sokongan kewangan masa depan para bank dan para pemiutangan … ketidakpastian wujud yang mungkin memberikan keraguan yang merisaukan terhadap keupayaan syarikat untuk terus menjadi tumpuan.”

Menurut BBC, Mr.Garner memberitahu surat khabar tempatan, Birmingham Live bahawa Norton hutang pihak cukai sebanyak £300,000. Ia boleh dibubarkan jika tidak diberi lebih banyak masa untuk membayar pada Januari 2020.

Sedangkan hasil ini kini menempatkan sekitar 100 pekerjaan di kilang Castle Donington bawah risiko.

Related Post

BDO, kumpulan perakaunan adalah pentadbir Norton Motorcycle Holdings dan Norton Motorcycles (UK).

Seperti dipetik dari BBC, Lee Causer, pentadbir BDO, berkata: “Kami mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan pelanggan, kakitangan dan pembekal disokong melalui proses pentadbiran.”

“Tugas kami adalah untuk menentukan dan melaksanakan strategi yang paling sesuai secepat mungkin untuk melindungi kepentingan pemiutang. Memandangkan keperluan untuk meminimumkan kesusahan bagi semua pihak.”

Selain daripada Norton, dua lagi syarikat Mr. Garner juga dalam pentadbiran. Ini termasuk Priest House Hotel dan Donington Hall Estates.

Dengan semua ini, kami berharap dapat melihat syarikat berusia 122 tahun ini menyelesaikan masalah ini dan kembali berjaya lagi.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah