Categories: Berita

Kemas kini banjir di Ducati PJ: Kenyataan media oleh Next Bike Sdn. Bhd.

BEBERAPA GAMBAR BILIK PAMERAN DUCATI PETALING JAYA BANJIR OLEH SEBAB HUJAN LEBAT PADA 16 APRIL 2020 TELAH VIRAL DI BEBERAPA MEDIA SOSIAL. INI ADALAH KEMASKINI TERKINI DAN KENYATAAN MEDIA DARI DUCATI NEXT BIKE SDN.BHD.

Gambar-gambar motosikal dan bilik pameran terendam dalam air telah merebak atas pelbagai platform media sosial selepas hujan lebat Sejurus selepas kejadian itu, Ducati PJ mengeluarkan kenyataan. Mereka mengatakan bahawa keadaan terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan. Mereka juga telah menghubungi para pelanggan yang mempunyai motosikal di lokasi tersebut untuk memberitahu mereka bahawa motosikal mereka berada dalam keadaan baik

Kenyataan oleh Next Bike Sdn. Bhd

Pasukan pengurusan Next Bike Sdn Bhd sedar tentang banjir kilat di bilik pameran Ducati Malaysia PJ dan sedang dalam proses untuk mengetahui keadaan sepenuhnya. Keadaan terkawal dan tidak ada kecederaan yang dilaporkan. Adalah keutamaan kami untuk melindungi kepentingan dan keyakinan pelanggan, pekerja dan orang ramai walaupun dalam situasi yang tidak dijangka. Untuk memastikan ketenangan hati, kami telah menghubungi para pelanggan yang motosikalnya kini berada di bawah jagaan kami untuk memberitahu mereka bahawa motosikal mereka berada dalam keadaan baik.

Related Post

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan