Kasma Daniel Kasmayuddin Gemilang di Sepang

Pusingan ke-2 Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) menyaksikan aksi penuh mendebarkan oleh pelumba Pasukan Yamaha Gen Blu ASEAN, Kasma Daniel Kasmayuddin.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Pada Perlumbaan ke-2 MSBK, Kasma mempamerkan aksi yang cemerlang apabila mengalahkan pelumba-pelumba veteran iaitu Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah.

Perlumbaan tersebut bermula dengan Zaqhwan berada di P1, diikuti rapat oleh Azlan di P2 dan Kasma P3.

Related Post

Memasuki lap ke 4, Kasma melakar kejutan apabila menyerang dari bahagian dalam selekoh sekaligus menempatkan diri di depan dan meraih kemenangan.

Pada perlumbaan ke-3, Kasma sekali lagi menawan Litar Antarabangsa Sepang apabila memenangi perlumbaan tersebut dengan catatan masa 21’23:766 saat sekaligus meraih hat-trick.

Selepas tamat perlumbaan, Kasma berkongsi perasaannya “Saya benar-benar gembira telah mencapai kemenangan tiga kali. Saya mempunyai peluang untuk menyerang Zaqhwan kerana beliau membuat kesilapan. Kalau tidak, saya tidak akan dapat mencipta hat-trick. Jadi, terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada kejayaan perlumbaan saya.”

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz