DORNA WORLDSBK BOLEH BERGANTUNG PADA JENTERA PENGELUAR MOTOSIKAL JEPUN SEPANJANG KEJUARAAN DUNIA MOTUL FIM 2020.

Yamaha dan Dorna WSBK Organisation (DWO) teruja untuk mengumumkan Yamaha Motors sebagai Pembekal Teknikal Rasmi MOTUL FIM Superbike World Championship pada 2020. Pengeluar Jepun ini akan membekal skuter Yamaha NMAX 155 kepada Dorna WSBK. Penaja Dorna akan mengguna skuter Yamaha dalam paddock WorldSBK semasa setiap pusingan musim 2020. NMAX 155 akan membantu dan memudahkan pergerakan seluruh kakitangan DWO. Dari kakitangan Logistik dan Organisasi hingga jurutera dan jurutera frekuensi radio; mereka akan dapat melakukan perjalanan dengan selamat dan cepat di sepanjang paddock dengan jentera untuk menguruskan Kejuaraan. Ini akan mengeratkan ikatan antara WorldSBK dan Yamaha Motors, dengan syarikat Jepun sebagai asas dalam sejarah World Superbike sejak awal.

ERIC DE SEYNES, PRESIDEN, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAMAHA MOTOR EUROPE:

Eric de Seynes | Sumber gambar: Moto Station

“Kami bangga untuk memberi sokongan kami kepada Dorna WSBK Organization dan FIM Superbike World Championship dengan penyediaan armada skuter Yamaha NMAX 155 untuk digunakan pada hujung minggu perlumbaan. Skuter ini akan digunakan terutamanya untuk menyokong pasukan produksi media Dorna, yang menyediakan liputan televisyen yang sangat penting dan gambar dari ketiga-tiga kejuaraan dunia pada setiap pusingan siri ini. Dengan kelincahannya yang sangat baik, kestabilan yang mudah dan kapasiti simpanan yang besar, NMAX 155 sangat sesuai untuk keperluan paddock WorldSBK”.

Related Post

MARC SAURINA, PENGARAH KOMERSIAL DAN PEMASARAN WORLDSBK:

Marc Saurina | Sumber gambar: Motul PowerSport

“Kami sangat gembira kerana mempunyai Yamaha Motor sebagai pembekal Teknikal Rasmi kami. Ini adalah berita baik untuk Kejuaraan kerana sokongan ini membolehkan kami memiliki sistem pengangkutan berkualiti tinggi dan boleh dipercayai untuk Dorna di setiap pusingan, dan perincian ini sangat berharga bagi kejayaan Kejuaraan Dunia. Yamaha selalu menjadi rakan utama Kejuaraan dan kami berharap dapat mencipta satu lagi pengalaman unik dengan sokongan mereka.”

Sumber: Worldsbk

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan