Categories: Konsep & Kustom

Nozem Amsterdam memulih BMW R80 1984 kepada BMW R107R

Sumber gambar: Gijs Spierings

Biar kami jelaskan – proses memulakan semula (reboot) bukan selalu satu keputusan yang baik. Cuba tanya Hollywood dan percubaan mereka baru-baru ini untuk memulihkan francais filem ikonik dalam dekad yang lalu. Walau bagaimanapun, sekali skala, reboot berjaya mempertahankan kualiti dan integriti daripada pendahulunya dan di sini, kami mempunyai contoh yang sempurna dalam kes sedemikian.

Berasal dari Belanda, pasukan dari Nozem Amsterdam baru-baru ini mereka semula BMW R80 1984 kepada apa yang dipanggil BMW R107R. Ringkasan yang diberi amat cukup. “Pelanggan ingin motosikal monocoque,” kata pengasas bersama Nozem, Lorenzo.

“…[pemilik tersebut] memberi kami banyak ruang untuk buat apa sahaja yang kami ingini dalam bajet,” dia menambah. Hasilnya, pasukan mendapati motosikal penderma yang disebutkan di atas dan juga membekalkan enjin Siebenrock 1,070 cc.

Sumber gambar: Gijs Spierings

Related Post

Pada permulaan, Lorenzo dan rakan sekerja, Daniël, bermula dengan sepasang fork Honda CBR900RR yang dipasang pada triple clamp. Jika anda perhatikan fork depan anda akan melihat persediaan dram depan. Sebabnya ialah brek drum khusus ini merupakan model asal Ceriani 4LS 230mm yang berasal dari Belgium.

Seterusnya, rangka diubah suai dan dicat oleh Lifecreations 187. Sistem ekzos kustom mempunyai susun atur 2-to-1 yang disiapkan dengan Laser GP– gaya peredam. Untuk elektronik motosikal ini, unit paparan Motogadget Pro menunjuk segala informasi penting kepada penunggang.

Sumber gambar: Gijs Spierings

Dengan bahagian mudah siap, pasukan bertembung dengan halangan utama binaan ketika tiba pada swingarm. “Bahagian paling sukar dibina adalah swingarm,” kata Lorenzo. “Ini semua kerana ruang yang diperlukan untuk menyesuaikan roda belakang baru. Kami terpaksa memotong sebahagian daripada swingarm keluar dan menyesuaikan aci memandu baru. Untuk mengukuhkannya dengan betul dan mendapatkan semua sebaris agak mencabar,” katanya.

Tetapi proses selepas itu kurang mencabar dengan reka bentuk unibody yang mudah digilap. Reka bentuk tangki bahan api dan tempat duduk telah dilakukan dalam syarikat dan hasil akhir menyerupai sesuatu yang merupakan gabungan antara cafe racer dan berserker yang melalui katalog pilihan yang hebat.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah