FIM, IRTA DAN DORNA SPORTS MENGUMUMKAN PEMBATALAN MOTUL GRAND PRIX JEPUN HARI INI.

Para penganjur telah mengumumkan pembatalan GP British dan Australia minggu lepas. Menyertai senarai ini adalah GP Jepun apabila penganjur mengumumkan pada hari ini pembatalannya. Acara tersebut ditetapkan untuk bermula dari 16 hingga 18 Oktober di Twin Ring Motegi, manakala ia telah dibatalkan oleh sebab wabak COVID-19 yang berterusan.

Rumah pengeluar MotoGP; Honda, Yamaha, dan Suzuki, Jepun adalah amat penting kepada kehadiran global dan kejayaan MotoGP. Penganjur mengatakan mereka ingin kembali berlumba di litar tersebut pada 2021; di depan peminat yang paling berdedikasi dan setia.

Related Post

CARMELO EZPELETA, CEO DORNA SPORTS:

“Kami sedih mengumumkan pembatalan Grand Prix Motul Jepun di litar Motegi yang sangat unik; bermakna kami tidak akan mengadakan Grand Prix Jepun pada kalendar untuk pertama kalinya sejak tahun 1986.

“Keluarga MotoGP bekerja sangat keras untuk dapat memulakan musim perlumbaan dan mengadakan sebanyak mungkin acara, dan dengan cara yang paling aman. Atas sebab ini, FIM dan Dorna dalam perundingan dengan IRTA dan MSMA telah memutuskan bahawa, hingga pertengahan November, MotoGP akan tetap berada di Eropah untuk melakukan seberapa banyak acara MotoGP Eropah yang kami dapat lakukan. Oleh itu, acara di luar negara, jika boleh; harus dijadualkan selepas pertengahan November: yang akan terlambat pada tahun ini untuk Motul Grand Prix Jepun diadakan.

“Atas sebab ini telah diputuskan; semasa berunding dengan Mobilityland, bahawa Motul Grand Prix Jepun tidak akan diadakan pada tahun 2020. Saya sangat berterima kasih kepada Mobilityland atas sokongan yang diberikan kepada MotoGP.

“Bagi pihak Dorna; Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas kefahaman dan kesabaran mereka ketika kita menunggu keadaan bertambah baik. Kami sangat berharap dapat kembali ke Motegi tahun depan.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan