Categories: Sukan Motor

MOTO GP – Hafizh Syahrin semakin mendekati Franco Morbidelli

Perlumbaan MotoGP buat julung kalinya di Thailand merupakan suatu saat yang penting bagi Hafizh Syahrin apabila beliau berjaya menyeberangi garisan penamat sebagai top rookie pada kedudukan ke-12.

Related Post

Selepas perlumbaan yang sengit untuk team Yamaha Monster Tech3,  di mana prototaip Yamaha menunjuk prestasi yang kurang memuaskan berbanding motosikal yang lain, tetapi, pelumba Malaysia itu juga tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi pada separuh pertama pada musim 2018. Di Buriram pula, Syahrin berjaya memperolehi mata yang penting terhadap pesaing utamanya dalam perjalanan untuk menjadi Top Rookie dalam MotoGP.

Hafizh Syahrin kini hanya 5 mata di belakang Franco Morbidelli, dan dengan 4 perlumbaan lagi sehingga penghujung musim ini, keputusan ini mungkin dapat membantu Syahrin untuk menjadi rookie MotoGP 2018 yang terbaik.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah