KEMAS KINI COVID-19: OLEH SEBAB WABAK CORONAVIRUS YANG BERTERUSAN GP AMERIKA TELAH DITANGGUHKAN.

Selepas pembatalan Qatar GP untuk kelas MotoGP dan penangguhan OR Thailand GP. kini Grand Prix of America ditangguhkan oleh sebab wabak coronavirus.

Beberapa jam yang lalu, FIM, IRTA dan Dorna Sports telah membuat pengumuman rasmi mengenai penangguhan Red Bull Grand Prix of the Americas. Ia dijadualkan dari 3 hingga 5 April 2020. Namun, America GP telah dijadualkan pada 13 hingga 15 November 2020 oleh sebab wabak covid-19, coronavirus.

KENYATAAN RASMI DARI PIHAK PENGANJUR

“Selasa, 10 Mac 2020,

Related Post

FIM, IRTA dan Dorna Sports menyesal mengumumkan penangguhan Red Bull Grand Prix of the Americas, yang ditetapkan untuk berlangsung dari 3 hingga 5 April 2020. Disebabkan wabak coronavirus yang sedang berterusan, acara itu telah dijadualkan semula pada musim ini. Ia sekarang akan berlangsung dari 13 hingga 15 November.

Oleh itu, Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana akan diadakan dari 20 hingga 22 November 2020

KALENDER MOTOGP TERKINI

Sumber: MotoGP

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan