Jika anda terlepas, Bajaj Auto kini sedang mereka sebuah motosikal Pulsar 250 baru. Syarikat ini telah mengalih fokus mereka ke segmen komuter dan sedang menaik taraf motosikal Dominar yang dijangka akan dilancarkan bulan depan.

Pulsar 250 yang baru akan dilengkapi dengan enjin 250cc yang sama dari KTM 250 Duke yang mampu menjana 30 bhp dan 28 Nm tork tetapi perlu diubahsuai untuk menghasilkan output yang lebih rendah.

Related Post

Enjin ini akan dipasang dengan transmisi enam kelajuan bersama dengan slipper clutch. Ia juga akan dilengkapi dengan ciri-ciri baru seperti lampu LED, paparan TFT, Bluetooth, dwi-saluran ABS dan enjin yang mematuhi BS-VI.

Model baru masih dalam tahap pembangunan awal dan hanya dijangka akan dilancarkan pada tahun 2020.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan