Neo-cafe Racer GB1000 | Sumber gambar: Motorbike Fans

Adakah ingat beberapa hari yang lalu apabila kami memberitahu anda bahawa Honda akan menaik taraf motosikal Africa Twin dengan enjin baru untuk 2020? Menurut majalah Jepun Young Machine yang mempunyai sumber baik dalam Honda Corporation, pengilang motosikal terbesar di dunia juga sedang membangun sebuah neo-cafe racer.

Young Machine mengambil langkah yang seterusnya dan telah mereka sebuah motosikal baru dengan menggunakan imej komputer dan dengan maklumat yang mereka telah dapat daripada sumber mereka. Jika motosikal ini adalah satu kerja yang sedang berjalan, Honda akhirnya akan membawa kepada realiti reka bentuk futuristik motosikal konsep CB4 Interceptor yang mereka tampilkan pada tahun 2017.

Related Post

Enjin yang sepatut digunakan pada GB1000 adalah enjin silinder kembar baru yang kami bincang untuk Africa Twin baru, bermakna enjin pada neo-cafe racer adalah enjin 1080 cc dan mampu menghasilkan 100 hp. Honda akan memberi penunggang pilihan untuk memilih sama ada transmisi manual ataupun automatik DCT.

Motosikal yang direka oleh Young Machine mempunyai komponen terbaik seperti fork Ohlins dan brek monoblock dari Brembo, tetapi dengan apa yang Honda lakukan dengan model-model lain, kami meneka bahawa pengeluar Jepun akan membuat versi standard GB1000, sebagai motosikal yang lebih berpatutan, dan versi up-spec dengan komponen-komponen terbaik untuk penunggang yang mencari pengalaman neo-cafe racer.

Dari apa yang kita dapat lihat pada imej yang dijana oleh komputer, kami berharap bahawa Honda memang sedang berusaha untuk sebuah GB1000 baru!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan