YAMAHA MENDEDAH REPLIKA EDISI TERHAD PETRONAS YAMAHA SRT YZR-M1 HARGA PADA €46,000/ RM 228,780.

Yamaha Motor Europe dan Yamaha Austria Racing Team (YART) GYTR Pro Shop mendedah edisi terhad replika PETRONAS Yamaha SRT YZR-M1.

Ditugaskan oleh YART dan disokong oleh Yamaha Motor Europe dan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, replika ini dibina untuk memperingati ulang tahun ke-46 penaja gelaran pasukan, PETRONAS. Terhad kepada hanya 46 unit, setiap motosikal ini dilengkapi dengan nombor pengenalan mereka tersendiri yang diukir.

Selain itu, PETRONAS SRT YZF-R1 edisi terhad dilengkapi dengan livery penuh PETRONAS SRT yang dibekalkan oleh syarikat sama yang cat jentera perlumbaan sebenar!

Yamaha mengatakan replika M1 mempunyai pelbagai komponen prestasi yang membawanya lebih dekat dengan jentera Yamaha MotoGP sebenar.

Related Post

Untuk bermula, PETRONAS SRT YZF-R1 terhad ini dilengkapi dengan kit fairing karbon GYTR (Teknologi Yamaha Asli untuk Perlumbaan) ringan dan tahan lama dan sayap MotoGP. Selain itu, ciri-ciri replika M1 adalah ; sistem quick-change belakang, racing footrests, ECU dan quick action throttle – semuanya dari GYTR.

Bagi suspensi, replika SRT YZR-M1 dilengkapi dengan suspensi lumba Öhlins yang merangkumi fork depan road & trek FGRT 2 dan penyerap hentak belakang TTX bersama dengan peredam stereng spesifikasi perlumbaan. Bagi brek, kaliper Brembo GP4-RX dan cakera T-Drive memberikan pergereman yang mencukupi. Selain itu, PETRONAS SRT YZF-R1 terhad juga dilengkapi dengan remote brake adjuster dan tuas klac Brembo. Untuk roda; motosikal ini datang dengan satu set roda aluminium tujuh-spoke Marchesini dan slick perlumbaan Michelin.

Dengan jentera ini setiap pembeli akan mendapat pakej eksklusif dari Yamaha. Pakej ini merangkumi; Helmet KYT, kemeja polo PETRONAS Yamaha SRT dan pas tetamu VIP untuk pusingan MotoGP pilihan mereka!

HARGA DAN KETIBAAN

Replika Petronas Yamaha SRT edisi terhad pada masa ini berharga € 46,000 / RM 228,780. Menurut siaran akhbar dari Yamaha Racing, mereka mengatakan jentera itu sudah sedia untuk dihantar ke seluruh Eropah. Berminat? Untuk mendaftarkan minat anda atau membuat pesanan; anda mesti mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu dari laman web YART GYRT Pro Shop.

Sumber: Yamaha Racing

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan