Categories: Berita

Hera: ciptaan eksotik seterusnya dari Curtiss Motorcycles

Curtiss Motorcycles

Selepas model elektrik pertama mereka, Zeus, sebuah motosikal cruiser yang kuat dan berasal dari model enjin yang kita lihat dari Confederate Motorcycles, ciptaan eksotik seterusnya dari pengilang motosikal Curtiss Amerika adalah Hera.

Nama Hera dipilih kerana Curtiss ingin mengguna nama yang berasal dari tema Tuhan Greek, dan Hera adalah nama isteri Zues, jadi ia adalah logik mereka bercadang untuk mengguna nama tersebut untuk ciptaan seterus mereka,

Dan apakah Hera?

Related Post

Seperti yang kami maklumkan sebentar tadi, ia adalah sebuah motosikal elektrik dengan gaya cruiser. Curtiss kata Hera adalah penghormatan kepada motosikal yang dikeluarkan pada awal tahun 20-an dengan jarak roda yang panjang serta posisi yang rendah.

Model kedua akan tiba pada 2020 akan dilengkapi dengan motor E-Twin yang mampu menghasil 168 hp. Pek battery direka untuk kelihatan seperti enjin V8 yang digunakan oleh Glen Curtiss pada tahun 1907 untuk menetapkan, pada masa itu, rekod kelajuan tanah 219,35 km / j.

Membincang tentang konsep ini, Pengerusi dan CEO Curtiss, Matt Chambers kata: “Dengan Hera, kami merancang untuk mereka sebuah motosikal yang paling mewah. Memaparkan seni bina bateri V8 yang pertama di dunia, sebuah motor E-Twin yang ultra-berkuasa dan jarak roda berukuran 66 inci, Hera akan adalah kelas yang tersendiri “.

Kenyataan yang kuat dari Matt Chambers sendiri, tetapi kuat seperti yang dijanjikan Hera.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah