BENELLI TNT 600 2020 DIDEDAHKAN DI CHINA SEBAGAI QJ SRK600 BAWAH SYARIKAT INDUK QJ MOTOR.

Beberapa minggu yang lalu kami dapat lihat beberapa gambar intip tentang SRK600 atas lantai kilang. Namun, kali ini pula, kami mempunyai lebih maklumat setelah SRK600 oleh QJ Motor membuat debut rasminya di China beberapa jam yang lalu. Oleh kerana QJ Motor adalah syarikat induk Benelli dan sumber-sumber mendakwa TNT 600 naked Benelli sebenarnya akan menjadi SRK600 yang baharu.

SPEK BENELLI TNT 600

QJ SRK600 datang dalam tiga varian; Standard, Medium dan High. Harga meningkat dengan tahap spek dan trim. Tetapi, kami tidak pasti jika Benelli TNT600 akan datang akan mempunyai varian yang sama.

 

Varian Benelli 600 Harga
Standard CNY 43,999 MYR 26,477
Medium CNY 46,999 MYR 28,283
High CNY 49,999 MYR 30,088

 

Related Post

Kesemua tiga varian SRK600 dikuasai oleh enjin empat-sebaris 600cc yang mampu menjana 79hp dan tork 55 Nm. Beberapa sumber juga mendakwa enjin ini sudah sesuai dengan Bs6 (Euro 5 Equivalent). Bagi elektronik, motosikal ini keluar dengan papan pemuka TFT, switchgear LED, penghidupan tanpa kunci dan ABS seperti yang kami jangka sebelum ini.

Jadi kami telah membuat spekulasi spesifikasi berdasarkan gambar-gambar intip SRK600. Namun, berdasarkan kenyataan rasmi ini adalah spek bagi setiap varian. Varian standard mendapat suspensi dan brek asas. Mid-spek SRK600 mendapat suspensi KYP dan sistem brek Xihu. High-spek pula mendapat fork Marzocchi, penyerap hentak KYP dan brek Brembo. Selain daripada perubahan pada suspensi dan brek, semua komponen lain kekal sama sepanjang barisan.

 

Oleh sebab Benelli belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi, kami tidak pasti tentang harga TNT. Manakala, dengan harga TNT 600 semasa sekitar MYR 30,000; tanpa spek dan trim, kami boleh jangka gen baru standard Benelli TNT 600 2020 untuk berada sekitar MYR 30,000 – 40,000.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan