FIM, IRTA DAN DORNA SPORTS MENGUMUMKAN PEMBATALAN GRAND PREMIO D’ITALIA OAKLEY OLEH SEBAB PANDEMIK CORONAVIRUS OUTBREAK.

Gran Premio d’Italia Oakley pada awalnya ditangguh kerana COVID-19. Namun, kali ini pula, para penganjur telah mengumumkan pembatalan acara tersebut. Sebelum acara ditangguh, ia ditetapkan untuk berlangsung dari 29 Mei hingga 31. Dengan kemas kini terkini, acara tersebut telah dikeluarkan secara langsung dari kalender.

Autodromo Internazionale del Mugello menjadi tuan rumah bagi acara MotoGP pertamanya pada 1976. Ia kemudian dimasukkan ke dalam kalender perlumbaan dari 1991. Dengan pembatalan acara ini, tahun 2020 menanda kali pertama dalam 30 tahun trek Tuscan tidak akan mengadakan acara Grand Prix.

Related Post

Carmelo Ezpeleta, CEO Dorna Sports:

“Dengan hati yang berat kami mengumumkan pembatalan Mugello. Malangnya kami tidak dapat mencari jalan keluar untuk masalah logistik dan operasi yang disebabkan oleh wabak dan kalendar yang disusun semula untuk membolehkan kami mengunjungi tempat musim ini. Ia adalah kerugian besar kerana Mugello adalah salah satu litar yang paling indah di dunia dan kami sangat bangga memanggil rumah Grand Prix Itali.

“Bagi pihak Dorna; Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat atas pemahaman dan kesabaran yang mereka tunjukkan ketika kami menunggu keadaan bertambah baik. Kami sangat berharap dapat kembali ke Mugello musim depan untuk satu lagi perlumbaan hujung minggu yang menakjubkan.”

Sumber: MotoGP

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan