The Mugen Shinden Hachi | Sumber gambar: Asphalt & Rubber

Pada Tokyo Motorcycle Show terkini, di mana Honda buat kali pertama mendedahkan projek elektrik mereka yang dikenali sebagai CR Electric Prototype, yang kami telah bincangkan di sini, namun terdapat satu lagi motosikal elektrik yang menarik perhatian kami: The Mugen Shinden Hachi.

Ini adalah motosikal yang Mugen akan gunakan untuk berlumba di perlumbaan TT Zero tahun ini di Isle of Man dan untuk menunggang motosikal elektrik baru ini, jenama Jepun telah memilih dua orang yang berpengalaman iaitu John McGuinness dan Michael Rutter.

Shin Hachi ( yang bermaksud “Lapan” dalam bahasa Jepun), adalah evolusi terkini mereka dalam projek motosikal elektrik. Sebuah jentera yang telah memenangi beberapa perlumbaan, termasuk TT Zero tahun lepas oleh Rutter dengan mencatat kelajuan purata 196km/j iaitu rekod pusingan bagi motosikal elektrik di Isle of Man.

Tahun ini pula, Mugen berharap untuk memenangi sekali lagi dan mencatat satu rekod lagi. Objektif pertama adalah untuk mendapat kelajuan purata yang lebih baik yang mana pakar TT McGuinness dan Rutter adalah aset berharga kepada pasukan, tetapi terdapat juga objektif sekunder iaitu mendapatkan Mugen Shinden Hachi mencapai kelajuan maksimum sebanyak 275 km/j, kelajuan terpantas bagi motosikal elektrik di Isle of Man.

Related Post

The Mugen Shinden Hachi | Sumber gambar: Asphalt & Rubber

Untuk mencapai matlamat ini, Mugen telah berusaha selama 12 bulan yang lalu untuk mengembangkan Shinden Hachi di terowong angin, dan dari prototaip terawal yang menggunakan fairing besar dan bulat, Hachi terbaru mempunyai struktur yang menggaris arus, lebih padat dengan garis agresif yang Mugen percaya akan membantu mereka mencapai rekod kelajuan baru.

Enjin elektrik dikuasai oleh satu set bateri baru yang dibangunkan oleh Maxell, sementara enjinnya sendiri menggunakan minyak yang disejukkan. Pek bateri mempunyai kapasiti 20 kWh, membolehkan Mugen Shinden Hachi dikendalikan dengan mudah pada kelajuan purata lebih 196 km/j kerana enjinnya dikembangkan sekitar 163 hp dan tork besar sebanyak 210 Nm! Jentera ini adalah Jepun sepenuhnya, yang bermaksud Mugen bukan sahaja membina rangka monocoque di dalam aluminium, tetapi mereka juga memilih untuk menggunakan fork depan Showa eksperimen yang dibuat daripada serat karbon iaitu teknologi sama yang digunakan dalam MotoGP, serta brek kaliper Nissin yang dibangunkan khas untuk perlumbaan. Semua ini memberikan berat sebanyak 248 kg.

Perlumbaan TT Zero 2019, khas untuk motosikal elektrik akan berlangsung pada 5 Jun.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan