Categories: Sukan Motor

MotoGP – Gerak isyarat kontroversial Marquez kini viral di laman sosial

Sumber gambar: Asphalt & Rubber

Perlumbaan MotoGP musim ini di Termas de Rio Hondo, Argentina, mempunyai satu masa emotif. Pada upacara podium, Valentino Rossi dan Marc Marquez bersalaman dengan Juara Dunia sembilan kali dan penunggang Yamaha yang mengiktiraf perlumbaan yang menakjubkan dari penunggang Honda dan juara MotoGP semasa di Argentina.

Momen itu ditangkap pada video, dan beberapa saat selepas itu, video tersebut menjadi viral dengan peminat MotoGP di seluruh dunia memuji keamanan yang kini wujud antara kedua-dua pelumba yang paling hebat dalam sukan ini.

Manakala upacara podium tidak berakhir dengan sempurna….untuk Marc Marquez.

Selepas champagne shower yang biasa, dan ketika Valentino Rossi meraiakannya bersama peminatnya, Marc Marquez meninggalkan kawasan podium untuk pergi dan berbicara dengan beberapa wartawan.

Tetapi dengan kamera TV rasmi yang sedang fokus terhadap perayaan Rossi, ketika orang Itali kembali ke podium, tiada siapa yang menyaksikan Marquez meninggalkan kawasan itu. Tetapi beberapa peminat Argentina masih merakamkan momen itu, dan itulah masa Marquez melakukan gerak isyarat kontroversial yang menjadikan video tersebut viral di laman media sosial.

Related Post

Ketika Marquez beredar dari podium, dia mengenggam bahagian bawahnya dengan kedua-dua tangannya di arah beberapa peminat.

Sikap itu tidak diterima dengan baik oleh komuniti peminat MotoGP, dan sejak video itu dikeluarkan kepada orang awam, mereka memastikan untuk berkata bahawa mereka tidak suka melihat Marc Marquez melakukan gerak isyarat itu terhadap peminat.

Namun kita tidak pasti apa yang Marc Marquez mahu lakukan dengan gerak isyarat kontroversial itu, tetapi kenyataannya adalah juara MotoGP telah melakukannya.

Tonton video tersebut dan beritahu kami pendapat anda mengenai gerak isyarat Marc Marquez terhadap para peminat.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan