Categories: Berita

Hesketh mendedah lakaran sportbike supercharge baru

PENGELUAR MOTOSIKAL EKSOTIK DAN BERSEJARAH BRITISH, HESKETH, MENDEDAH LAKARAN MODEL BARUNYA. SPORTBIKE BARU INI MEMPUNYAI ENJIN SUPERCHARGE TIGA SILINDER!

Hesketh Supercharged Sportbike. Source: Asphalt & Rubber

Selepas mendapat peluang kedua, pengeluar British, Hesketh, telah menjumpai cara untuk bertahan dengan mereka motosikal terhad dan eksotik.

Yang pertama bagi generasi baru Hesketh adalah 24. Motosikal ini diberi nama tersebut sebagai tanda hormat kepada pelumba Formula 1 James Hunt apabila dia memenangi perlumbaan F1 pertamanya dengan menunggang kereta yang ditaja oleh Lord Hesketh.

Selepas motosikal pertama, Hesketh meneruskan penghasilan motosikal terhad. Sonnet dan Valiant, dua motosikal dengan enjin V-kembar. Valiant memaparkan enjin S&S dengan kit supercharger Rotrex. Motosikal ini menjana kuasa sekitar 210 hp dan 250 hp!

Related Post

Dengan semua unit pengeluaran habis dijual kepada pembeli yang minat motosikal lebih eksotik dan unik, Hesketh kini ingin mengambil langkah seterusnya dengan membina segmen lain: sportbike.

Melalui laman Facebooknya, Hesketh telah mendedahkan lakaran sportbike baru. Motosikal itu akan mempunyai enjin tiga silinder membujur dengan 1000 cc. Ciri terbaik enjin ini hampir tersembunyi: supercharger!

Hesketh kata motosikal baru ini akan dijual pada 2020.

Apa pendapat anda mengenai motosikal ini?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah