Categories: Berita

‘Days Gone’ adalah permainan zombie baru dengan motosikal!

PERMAINAN ZOMBIE PS4 BARU ‘DAYS GONE’ AKAN KELUAR MINGGU INI!

Jika anda seorang peminat motosikal dan permainan konsol maka ini adalah untuk anda. Menurut Ride Apart, permainan ini adalah untuk Sony PS4 dan ialah produk dari Bend Studio. Ia adalah permainan zombie dengan nama Days Gone. Ia berkisah di sekitar seorang penunggang motosikal yang bernama Deacon St John. Dia mencari cara untuk mempertahankan dirinya serta petrol untuk motosikalnya.

Related Post

Ia bukan satu permainan berdasarkan motosikal namun jalan cerita memberi fokus terhadap protagonis yang mempunyai sebuah motosikal sebagai pengangkutan utama. Pereka permainan ini telah mencipta motosikal ini dengan menggunakan komputer. Motosikal tersebut dilengkapi dengan paip ekzos tunggal dan kelihatan seperti motosikal cruiser. Motosikal ini mampu pecah dan bahagiannya perlu diganti dan dibaiki.

‘Days Gone’ akan keluar pada 26 April 2019. Adakah anda penat dengan motosikal benar anda? Mungkin anda boleh cuba motosikal virtual ini serta kalahkan zombie!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah