Ducati Corse telah menyeru Ducati untuk memperkenalkan satu perubahan serta naik taraf Panigale V4 R mereka pada saat terakhir selepas mendapat sokongan bagi World Superbike team. Ducati menguji versi perlumbaan di Jerez minggu lepas.

Menurut siaran media dari Ducati, Panigale V4 R yang baru akan membawa balik dry clutch terkenal mereka kepada generasi superbike mereka.

Versi pertama Panigale V4 R dipamerkan oleh Ducati pada bulan November yang lepas di acara motosikal EICMA Milan yang mengguna sistem klac wet seperti superbike mereka yang paling berkuasa, Panigale silinder kembar.

Tetapi jurutera Ducati Corse menemui bahawa selepas berbincang dengan pelumba pasukan Chaz Davies dan Alvaro Bautista, wet clutch tidak dapat memberi jenis maklum balas sama yang diperlukan apabila brek memasuki selekoh. Kedua-dua pelumba telah menguji motosikal Panigale V4 R di Jerez minggu lepas dengan wet clutch dan dry clutch, dan pendapat mereka adalah, dry clutch  memberi maklum balas yang lebih baik dari fungsi brek enjin, maksudnya, mereka mampu mengambil selekoh dengan lebih cepat oleh kerana brek mereka lebih stabil.

Related Post

Ducati menerima tuntutan tersebut. Oleh itu, sebelum unit pertama World Superbike istimewa Panigale V4 R mula dikeluarkan dari kilang di Borgo Panigale, dry clutch menggantikan wet clutch.

Dry clutch khusus ini dibina oleh pakar STM. klac STM EVO-SBK ini merangkumi sembilan cakera klac dan spring sekunder untuk melaraskan cakera dengan tekanan tinggi.

Dengan 221 hp, yang mungkin dinaikkan kepada 231 hp jika motosikal ini dilengkapi dengan ekzos dari Akrapovic, Ducati Panigale V4 R akhirnya akan membawa balik bunyi ikonik dry clutch yang Ducatisti terlepas beberapa tahun ini.

Pelancaran media Panigale V4 R telah diadakan di Jerez dan beberapa wartawan yang bertuah sudah dapat menguji motosikal tersebut yang dilengkapi dengan dry clutch.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan