KESEMUA LIMA PASUKAN PROGRAM SOKONGAN YAMAHA TELAH BERJAYA UNTUK MENYELESAI 24 HOURS LE MANS DENGAN YAMAHA R1.

Yamaha R1 | Sumber gambar: Asphalt & Rubber

Pada saat terakhir terdapat pertukaran pelumba dengan Michael Laverty menganti Matthieu Lagrive pada Khamis sebelum perlumbaan tersebut. WEPOL Racing dari Jerman adalah pasukan Yamaha pertama untuk menamatkan perlumbaan Le Mans. Pasukan hampir mendapat kemenangan podium di Bol d’Or. Mewakili pasukan, ialah para pelumba Laverty, Danny Webb dan Sheridan Morais yang mendapat tempat keempat dengan WEPOL Yamaha R1 mereka. Pasukan ini kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan dengan 80 mata.

Berasal dari Perancis, 3ART- Moto Team 95, menjadi pasukan Yamaha kedua untuk menyeberangi garisan penamat. Para pelumba, Morgan Berchet, Matthieu Lussiana dan Alex Pancassange mengambil jentera Yamaha R1 mereka ke tempat keenam. Pasukan itu kini berada di tempat kesebelas dalam kedudukan keseluruhan kejuaraan.

Related Post

Motosikal Moto AIN adalah pasukan ketiga Yamaha untuk mendaftar kemenangan mereka. Roberto Rolfo, Robin Mulhauser dan Stefan Hill mengalami kemalangan pada awal perlumbaan tetapi berjaya untuk mendapat kedudukan kesembilan. Mereka kini berada di tempat kedua di kelas SST.

Seterusnya, pasukan VRD Igol Pierrot Experiences mencapai tempat ke-19.  Florian Alt, Florian Marino dan Xavier Simeon telah berjaya untuk meningkat kedudukan pasukan ke-17 dalam kejohanan ini. Akhir sekali, pasukan Maco Racing Slovakia berakhir pada tempat ke-32.

Destinasi seterusnya untuk semua pasukan akan berada di Slovakia Ring 8 Jam pada 11 Mei.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan