Setiap tahun paddock MotoGP memutuskan pemenang anugerah Best GP dan pemenang bagi tahun ini adalah Thai GP, yang diadakan di Buriram Chang International Circuit. Ini adalah kali pertama pelumba MotoGP menggunakan litar ini dan usaha yang diletakkan pada litar ini amat berbaloi dengan Thai GP memenangi anugerah berprestij ini.

Thai GP adalah satu acara yang sentiasa akan dikenangi dengan Marc Marquez dan Andrea Dovizioso bersaing sehingga pusingan yang terakhir. Di luar trek pula, para penganjur amat bangga dengan kehadiran sebanyak 220 ribu peminat yang menghadiri acara MotoGP di Buriram sepanjang tiga hari.

Related Post

Pada hari perlumbaan, 100 ribu peminat menyerbu Changi International Circuit untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP buat kali pertama di Thailand!

Undian dilakukan oleh ahli paddock MotoGP yang bukan sahaja membuat keputusan berdasarkan prestasi pada trek tetapi mereka juga membuat analisis pada kemudahan trek, keramahan orang dan interaksi penggemar.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan