Categories: Berita

BRABUS 1300 R Edition 23 dilancar dengan 290 unit tersedia

BRABUS 1300 R EDITION 23 MERUPAKAN EVOLUSI 1300 R DAN TERDAPAT DALAM DUA WARNA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

KTM dan syarikat penalaan aftermarket automotif berprestasi tinggi Jerman, BRABUS meneruskan kerjasama mereka buat kali kedua dengan pelancaran BRABUS 1300 R Edisi 23.

Membuat penampilan sulungnya di Hanoi, Vietnam, 1300 R Edition 23 ialah evolusi 1300 R tahun lepas.

Hanya 145 unit akan tersedia untuk versi Superblack dan 145 unit lagi terhad untuk Stealth Grey. 1300 R Edition 23 ini dibangunkan daripada platform KTM 1290 Super Duke R EVO.

1300 R Edition 23 ini didatangkan dengan beberapa komponen BRABUS khas yang menggunakan gentian karbon dan bahan CNC.

Related Post

Justeru, tidak hairanlah 1300 R Edition 23 ini kelihatan sama seperti versi asal kecuali beberapa penambahbaikan termasuk penambahan komponen gentian karbon.

Melengkapkan motosikal hyper naked ini ialah rim BRABUS Monoblock Z dengan kemasan serba hitam.

Seperti model tahun lepas, 1300 R Edition 23 menampilkan enjin 1,301cc LC8 V-Twin. Ia mampu menghasilkan 180hp pada 9,500rpm dan 140Nm pada 8,000rpm.

Menurut syarikat itu, motosikal ini boleh didapati melalui laman web khas pada harga EUR42,500 (RM198,000) pada 16 Februari ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah