HONG LEONG YAMAHA MOTOR SDN BHD MENGUMUMKAN WARNA BARU DAN GRAFIK KEMAS KINI UNTUK YAMAHA Y15ZR 2020.

Yamaha Y15ZR mendapat warna baru dan grafik kemas kini di Malaysia. Untuk 2020, Y15ZR V2 kini datang dengan 4 pilihan warna sporty, Matt Titan, Cyan, Red & Blue.

Blue
Cyan
Matt Titan
Red

Hong Leong Yamaha Motor Malaysia mengumumkan harga asas bagi Yamaha Y15ZR 2020 akan tetap pada MYR 8,168.00 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran, dan insuran). Mereka juga mengumumkan penghantaran Y15ZR terkini ini akan mula bulan ini, November 2020.

Tambahan pula, pembeli awal yang membeli Yamaha Y15ZR akan menerima Yamaha Disc Lock bernilai RM100.00.

Related Post

SPESIFIKASI YAMAHA Y15ZR 2020

Selain daripada perubahan warna dan grafik, reka bentuk keseluruhan dan mekanik Yamaha Y15ZR tetap sama.

Untuk enjin, Yamaha Y15ZR 2020 masih dikuasai oleh enjin SOHC silinder tunggal sejukkan cecair 150cc. Dipadankan pada kotak gear 5-kelajuan, Y15ZR menjana 15.15 hp @ 8,500 rpm dan tork puncak 13.8 Nm @ 7,000 rpm.

Kerja suspensi dikendalikan oleh fork jenis teleskopik dan mono-shock di bahagian belakang. Untuk brek, terdapat brek cakera tunggal hidraulik di depan dan belakang. Bagi roda dan tayar, Y15ZR 2020 datang dengan set roda aloi 17 inci yang dibalut oleh getah 90/80 di depan dan getah tebal 120/70 di belakang.

Blue
Cyan
Matt Titan
Red
Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan