Categories: Berita

Donald Trump menyokong untuk memboikot Harley-Davidson

Presiden Amerika Syarikat masih mengambil strategi kontroversial terhadap Harley-Davidson dan selepas pengilang motosikal Amerika tersebut bercadang untuk mengalihkan sebahagian daripada pengeluarannya di luar AS berikutan cukai Eropah terhadap produk buatan Amerika, Trump telah menggunakan rangkaian sosial kegemarannya, Twitter, untuk meneruskan perjuangannya terhadap Harley.

Buat kali ini pula, presiden Trump telah menulis tweet atas sokongan boikot Harley-Davidson, sesuatu pemilik H-D telah bercadang untuk melakukan bantahan terhadap keputusan Harley untuk mengalihkan sebahagian pengeluaran mereka di luar negara.

Related Post

Trump bukan sahaja menyokong boikot tersebut, tetapi telah menulis pada Twitter bahawa dalam masa yang akan datang, Amerika akan mempunyai medan bermain untuk pengilang motosikal lain yang ingin mengalih pengeluaran mereka ke dalam Amerika Syarikat.

Ini bermakna Harley akan menghadapi impak yang lebih terhadap jualan mereka di negara asal mereka, dan dengan mengatakan bahawa Donald Trump terus memberi tekanan kepada Harley-Davidson, dengan harapan mereka akan menarik balik keputusan mereka.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah