Benelli tourer 1200cc dirancang untuk polis dan orang awam?

MODEL BARU INI MUNGKIN DIBERI NAMA BENELLI BJ12000 GT. IA DIREKA UNTUK BERSAING SECARA LANGSUNG DENGAN CFMOTO CF1250J YANG BARU DILANCAR DI CHINA UNTUK KEGUNAAN POLIS CINA.

CF1250J yang dilancar untuk kegunaan polis

Qianjiang membeli Benelli pada tahun 2005 dan terus mengembalikannya ke keuntungan setelah mengaut kewangan yang besar tanpa merosakkan imej Itali. Beberapa minggu yang lalu kami dapat lihat beberapa gambar intip tentang SRK600 atas lantai kilang. Minggu lepas kami telah meliputi berita tentang Benelli TNT 600 naked yang telah dilancar sebagai QJ SRK600 oleh QJ Motor, syarikat induk Benelli.

Kini jenama Itali milik China baru saja melancarkan TNT 600i 4-sebaris baru, sedang mengerjakan versi faired sepenuhnya, mengembangkan TRK 800, dan tidak lama lagi akan menawarkan Tourer 1200cc.

Model baru ini mungkin diberi nama Benelli BJ12000 GT. Ia direka untuk bersaing secara langsung dengan CFMoto CF1250J yang baru dilancar di China untuk kegunaan polis Cina.

Syarikat induk Benelli, Qianjing, merancang untuk mereka sebuah cruiser polis. Tetapi terdapat kemungkinan besar akan terdapat versi untuk orang awam.

Related Post

QJ baru-baru ini telah membentangkan model tersebut kepada polis Cina sebagai QJ1200J. Gambar-gambar bocor di media sosial Cina menunjuk satu dengan lencana Benelli pada pencucuhan, mencadangkan versi Benelli sudah dirancang.

Beberapa laman web mencadangkan motosikal ini akan mengguna enjin tiga silinder 1209cc. Ini adalah berdasarkan enjin tiga silinder 1130cc yang diguna oleh Benelli Tornado Tre yang kini tidak dihasilkan lagi. Enjin baru ini mampu menjana 136 hp dan boleh menolak motosikal ke kelajuan maksimum 220 km/j. Ia boleh rev hingga 10,000 rpm.

Motosikal ini juga akan mempunyai beberapa ciri seperti penyalaan penuh LED, dail analog dan skrin paparan pelbagai maklumat TFT LCD, cermin-lipat berkuasa, sistem pemantauan tekanan tayar, ABS, kawalan traction dan mungkin sistem penghindaran perlanggaran berasaskan radar (radar-based collision avoidance system). Ini bukan satu kejutan besar kerana syarikat saudari Benelli adalah Volvo yang dikenali sebagai pemimpin dalam keselamatan automotif. Sebagai motosikal tourer dan dengan kesemua peralatan ini, berat motosikal ini mungkin berada sekitar 335 kg.

Ini pasti satu model yang sangat menarik tetapi kita masih harus menunggu ketibaan rasmi. Berdasarkan garis masa pelancaran Benelli, model baru ini akan tidak akan dikeluarkan hingga 2021.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah