Categories: Berita

CFMoto 700CL-X ADV akan masuk Malaysia awal 2023

CFMOTO 700 CL-X ADV GAYA SCRAMBLER ADALAH TAMBAHAN KETIGA KEPADA RANGKAIAN MIDDLEWEIGHT FIRMA CINA, MENYERTAI HERITAGE DAN SPORT.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pengeluar motosikal China CFMoto menambah varian ketiga kepada keluarga 700CL-X apabila ia memperkenalkan versi ADV. CFMoto 700CL-X ADV menyertai varian Sport dan Heritage sedia ada dalam rangkaian.

Berbanding Heritage yang menampilkan reka bentuk neo-retro manakala Sport lebih kontemporari, 700CL-X ADV kelihatan lebih lasak dan agresif dengan elemen scrambler.

Model 700CL-X ADV diperkenalkan tiga tahun selepas syarikat motosikal China itu mendedahkan model konsep di EICMA 2019. CFMoto terpaksa menangguhkan pengeluaran varian ketiga dalam portfolio 700CL-X berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sebelum ini.

Related Post

Perbandingan ketara antara ADV dan dua varian sedia ada boleh dilihat dalam ciri Scrambler yang lebih menonjol. Ia termasuk penggunaan tayar depan bersaiz 19 inci dengan rim jejari jenis wayar, serta kedudukan ‘beak’ depan yang lebih tinggi.

Selain itu, CFMoto turut memasang panel khas untuk memudahkan pemasangan ‘panniers’. Bukan itu sahaja, malah CFMoto 700CL-X ADV ini turut menawarkan mod tunggangan ‘off-road’.

Bagaimanapun, model baharu ini masih menampilkan enjin dua silinder 693cc sama seperti varian Heritage dan Sport, yang mampu menghasilkan 74hp pada 8,500rpm dan 68Nm pada 6,500rpm.

Menurut CFMOTO Malaysia yang merupakan pengedar rasmi jenama CFMoto di negara ini, kita boleh menjangkakan 700CL-X ADV akan tiba di pasaran tempatan sekitar awal tahun depan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah