Categories: Berita

Lightning Motorcycles pindah ke ibu pejabat baru di San Jose, California.

Kehadiran start-ups semakin meningkat dalam industri motosikal tahun ini dan meninggal kesan yang kuat dalam arena dua roda dengan model inovatif mereka. Menyertai mereka adalah Lightning Motorcycles, yang meningkatkan tahap industri ini dengan motosikal hebat mereka yang mampu memasuki kelajuan tinggi.

Lightning Motorcycles baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan berpindah ke San Jose, California untuk ibu pejabatnya yang baru. Ini akan membenarkan mereka untuk meningkatkan pengeluaran motosikal superbike elektrik LS-218.

Superbike LS-218 kini dilengkapi dengan electric powertrain yang mampu menjana sebanyak 200 hp dan mempunyai dua kali lebih berbanding dengan motosikal MotoGP. Lightning Motorcycles dmiliki oleh Richard Hatfield dan dibangunkan oleh Lightning sejak mula. LS-218 adalah visinya dan menandakan masa depan sportbike elektrik.

Related Post

Apa yang membezakan Lightning Motorcycles dari start-up yang lain ialah matlamat mereka bukan hanya untuk membangunkan nama mereka tetapi untuk mengembangkan industri ini dengan sesuatu yang baru dan inovatif.

Prototaip syarikat ini telah menempah rekod baru di Bonneville Salt Flats dengan kelajuan tertinggi 215 mph pada tahun 2012. Selepas itu, mereka berjaya untuk menangani Pike Peak dengan mencatat masa terpantas berbanding dengan motosikal lain.

Ibu pejabat yang baru akan menjadi pentas untuk perkembangan syarikat ini oleh kerana ia mempunyai keluasan sebanyak lima kaki persegi lebih besar berbanding dengan tempat semasa. Selain daripada LS-218, ia akan memberi lebih peluang untuk membina serta menaik taraf banyak motosikal.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan