Categories: Berita

TVS Motor Company memperkenalkan model terbaru di Argentina

TVS Motor Company dari India telah memperkenalkan model premium super RR310 yang baru, NTORQ 125, RTR 200 4V Race Edition 2.0 di Sal Internacional de la Motocicleta Argentina 2018 yang diadakan di Buenos Aires, Argentina. Model-model ini mendapat banyak perhatian dengan peningkatan spesifikasi dan teknologi baru.

TVS RR310 adalah jenama motosikal super premium dari syarikat tersebut dan menghasilkan prestasi kuasa tinggi dengan dinamiknya. Ia disertai dengan reka bentuk yang amat mengagumkan juga.

Related Post

NTORQ 125 dibangunkan berdasarkan silsilah TVS Racing dan mempunyai enjin REVV 3 Valve yang sempurna. Model ini sesuai untuk penunggang belia.

Skuter ini juga dilengkapi dengan platform teknologi eksklusif – TVS SmartXonnect * yang menjadikannya skuter yang bersambung (connected scooter). Bagi RTR 200 4V, model ini mempunyai teknologi ‘Anti-Reverse Torque (A-RT) Slipper Clutch’ yang maju dan grafik yang diilhamkan oleh lumba sukan, yang memberi sedikit keagungan.

Michelle Liew

An avid fan of motorsports bringing you top-notch content from the two-wheeler world! Gear up for the latest updates and news with top speed delivery

Share
Published by
Michelle Liew