KAWASAKI INDONESIA SEDIA UNTUK MELANCAR ZX-25R, 4-SEBARIS, 250CC PADA 4 APRIL 2020 SEMASA KAWASAKI BIKE WEEK. JUGA, MENURUT SUMBER, HARGA UNTUK JENTERA INI TELAH BOCOR DARI JABATAN CUKAI INDONESIA.

Kawasaki baru-baru ini telah mengeluarkan video promosi untuk ZX-25R. Video acah ini mendedahkan hari pelancaran rasmi dan ia ditetapkan untuk berlaku semasa Kawasaki Bike Week di Indonesia. Juga, menurut beberapa sumber, harga bekas showroom telah dibocorkan melalui jabatan cukai negara.

Seperti yang telah kami liputi dalam artikle sebelum ini, Kawasaki ZX-25R akan mempunyai dua versi. Tambahan pula, menurut khabar angin, terdapat dua varian sedia dimana versi asas (harga bekas showroom) mempunyai harga IDR 64.8 juta (4,317.11 USD / RM18,608.34) dan IDR 73.2 juta (4,879.98 USD / RM21,020.53) untuk versi premium. ZX-25R sudah sedia untuk pra-tempahan, Jadi jika anda adalah pembaca dari Indonesia ini adalah tip bagus untuk anda! Untuk perspektif, Ninja 250 kembar selari mempunyai jos IDR 64.1 juta. Jika harga yang diramalkan adalah benar, ini adalah satu pembelian yang bagus! Namun, kita harap Kawasaki akan mengeluarkan versi ini ke pasaran lain dalam masa terdekat.

Motosikal ini dijangka untuk menghasilkan lebih dari 55hp dari enjin 4-sebaris yang dipadankan dengan kotak gear enam-kelajuan. Motosikal ini juga menonjol dari beberapa bahagian. Dari gaya agresif ke pengendalian, ZX-25R adalah satu kelas atas. Jika anda tidak sabar untuk mengenai dengan lebih tentang motosikal ini, baca artikle kami sebelum ini. Memang kami ingin anda dengar bunyi merdu yang dihasilkan oleh ZX-25R di litar Jerez. Jangan lupa untuk perhatikan kluster instrumen dalam video. Guna headphone anda dan lihatlah video promosi pertama Kawasaki Ninja ZX-25R.

Related Post

GALERI KAWASAKI NINJA ZX-25R

  

  

  

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan