Kami agak yakin ramai pemilik motosikal telah mempunyai idea untuk mengubahsuai motosikal mereka. Namun, bagi setiap 100 pemilik yang meneruskan dengan idea tersebut buka semua yang mampu menjadikannya satu kenyataan untuk beberapa sebab.

Dari segi kewangan, ramai pemilik tidak akan mendapat peluang untuk membawa motosikal impian mereka kepada satu kenyataan. Sehingga sekarang, atau sekurang-kurangnya itulah yang diinginkan oleh mereka dari Dab Design. Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mendedahkan Kit ER bagi BMW R nineT dan dengan itu, firma ini berharap untuk mendapat pemilik model sebegini yang ingin memiliki gaya berbeza daripada R nineT yang biasa.

Berita baik tentang Kit ER Dab Design bagi BMW R nineT ialah ia tidak memerlukan sebarang tugas berat untuk dilaksanakan. Kit kaca fiber tidak memerlukan sebarang kimpalan, CNC atau pembetukan logam yang perlu dilaksanakan oleh para pemilik. Mereka hanya memerlukan set alat yang layak, pengetahuan asas pendawaian serta hujung minggu yang tenang dan hasil keputusan ini cukup untuk mendapat soalan, “Bang, apa tu?!”

Bagi para pemilik yang risau keselamatan mereka akan terjejas dengan penggunaan kit ini, jangan risau. Dab Design mengesahkan bahawa kit ini tidak akan mengubah sebarang aspek struktur BMW R nineT ataupun prestasi dan kebolehpercayaannya.

Related Post

Jadi sebagai seorang pemilik, apakah yang boleh saya dapati dengan Kit ER ini? Termasuk dalam senarai ialah fork, pelindung lumpur, penutup belakang, radiator scoops, penutup belakang sisi, kanta lenticular depan diluluskan E4, lampu LED diluluskan E4. Selain itu, pemilik BMW R nineT Pure dan R nineT Racer perlu bersusah sedikit untuk memasang pelindung lumpur dengan kit ER.

Akhirnya, bagi pemilik yang tidak mahu pembinaan kaca fiber Kit ER boleh mendapat kit yang sama yang diperbuat daripada karbon fiber. Kit karbon ini mempunyai varnis telus untuk gaya yang lebih teknikal – varnis gloss dan matte juga ditawarkan. Mereka yang ingin gaya lebih tidak konvensional boleh memilih kit flax ER. Pembinaan semula jadi flax fiber adalah salah satu reka cipta Dab Design terdahulu.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan