Categories: Berita

Kawasaki mendapat tanda dagangan ‘Meguro’ – model baru akan datang?

Kawasaki Meguro | Sumber gambar: Otomotif Kompas

Permulaan 2019 telah membawa kami banyak kejutan dengan beberapa model baru yang bakal dikeluarkan. Baru-baru ini, berita mengenai tanda dagangan ‘Renegade’ Indian Motorcycle telah memberi indikasi tentang sebuah model baru dan juga menyertai mereka adalah Kawasaki yang telah pun mendapat tanda dagangan “Meguro”.

Meguro Manufacturing Company membuat kemunculan secara umum pada tahun 1924 sebagai pengilang enjin dan selepas itu, firma itu telah menceburi industri motosikal sebagai pembekal transmisi untuk pengeluar tertentu. Pada tahun 1932 firma itu melancarkan motosikal pertamanya, dengan kapasiti 500cc yang dibina untuk Hamakura Motor. Motosikal Meguro kemudiannya dipelopori lima tahun kemudian. Tiada sangka lagi bahawa Meguro adalah salah satu pengeluar motosikal terbesar di Jepun.

Related Post

Kawasaki Aircraft dan Meguro Motorcycles digabungkan pada awal 60-an untuk membentuk Kawasaki Motorcycles. Motosikal pertama, Kawasaki W1, dibina pada 1965 dilengkapi dengan enjin terbesar untuk motosikal pengeluaran buat masa itu, iaitu reka bentuk Meguro K1, salinan BSA A7 yang sah.

Meguro adalah satu sebab Kawasaki sangat berjaya hari ini. Spekulasi mengatakan bahawa Kawasaki Meguro boleh menjadi motosikal yang mempunyai gaya seperti vintage dengan kapasiti middle-size. Apa pendapat anda?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan