Categories: Sukan Motor

MotoGP – Dani Pedrosa menyertai KTM sebagai pelumba uji

Pelumba Sepanyol Dani Pedrosa beberapa minggu yang lalu telah mengumumkan bahawa dia tidak akan berlumba dalam MotoGP selepas musim ini apabila dia digantikan oleh pasukan factory Repsol Honda Jorge Lorenzo, akan menyertai pasukan uji KTM untuk menolong pengeluar Austrian bangunkan prototaip RC16 mereka.

Honda mengiktiraf pengalaman Pedrosa ada dengan motosikal Grand Prix mereka dan bercadang untuk mengekalkannya sebagai pelumba uji, manakala KTM Factory mempunyai seorang yang lebih hebat: Mike Leitner.

Related Post

Mike Leitner adalah bekas crew-chief untuk Pedrosa dan pelumba Sepanyol tersebut rasa bahawa dia masih boleh bekerja dengan Leitner, sebagai satu aset yang penting bagi pasukan Austria. Ia juga penting untuk mengetahui bahawa Red Bull, penaja peribadi Pedrosa, juga penaja utama untuk pasukan KTM Factory di MotoGP, dan itu juga merupakan faktor bagi Dani Pedrosa untuk menerima tawaran KTM.

Tidak seperti pelumba uji yang lain seperti Michele Pirro (Ducati) atau Bradley Smith (Aprilia) – yang baru-baru ini menerima tawaran dari pasukan Itali untuk menjadi pelumba uji baru mereka untuk 2019 -, Dani Pedrosa tidak akan melakukan penampilan wildcard pada perlumbaan MotoGP musim depan . Sebaliknya, hanya akan menumpukan perhatian pada pembangunan motosikal RC16.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah