APRILIA MELANCAR CAFE RACER RETRO 150CC, APRILIA PAGANI 150. APRILIA PAGANI 150 CAFE RACER DATANG DENGAN TANDA HARGA USD 3,083 / RM 13,181 DI CHINA.

Piaggio Zongshen Foshan melancar cafe racer Aprilia 150cc baru di China; cafe racer retro mini 150cc ini dikenali sebagai Aprilia Pagani 150. Pagani 150 sebenarnya berdasarkan Aprilia CR150(Mondial Hipster 150), yang tidak didapati di Malaysia.

PERINCIAN DAN SPEK APRILIA PAGANI 150

Untuk bermula, berbanding dengan CR150; Pagani 150 datang dengan banyak fairing yang memberinya sentuhan retro racer. Pagani 150 datang dengan penutup lampu depan gaya retro, fairing sisi retro, belly pan besar, dual ekzos dipasang sisi dan penutup pelana cantik. Tambahan pula, Aprilia 150 datang dengan ABS dan kluster instrumen digital sebagai standard.

Untuk enjin, Aprilia 150 sebenarnya mengguna penjana kuasa sama seperti CR150. Enjin silinder tunggal sejukkan cecair 150cc yang dipasang pada kotak gear enam-kelajuan mampu menjana 18 hp @ 9,750rpm dan tork maksimum 14 Nm @ 7,500rpm.

Related Post

Cafe racer ini mengguna fork terbalik di depan dan penyerap hentak dual untuk bahagian belakang. Bagi brek, Aprilia mengguna cakera brek petal di depan dan belakang kerana ini adalah motosikal yang kecil.

HARGA DAN PILIHAN

Aprilia Pagani 150 datang dalam pilihan warna merah dan biru. Untuk harga, Pagani 150 mempunyai tanda harga 21,800 Yuan; iaitu sekitar USD 3,083 atau RM 13,181.

Jika ada sudah mengenali pengeluar motosikal Itali, F.B Mondial, motosikal ini tidak asing bagi anda. Aprilia Pagani 150 secara teknikal adalah Mondial Pagani 1948 dengan lencana Aprilia. Jenama F.B Mondial sebenarnya dihidupkan semula oleh kumpulan Piaggio dulu dan kebanyakan motosikal Mondial menggunakan enjin dari Piaggio.

Walaupun motosikal ini sudah tersedia di China, kami tidak pasti sama ada Pagani 150 akan memasuki Eropah, AS, atau negara-negara ASEAN seperti Malaysia. Sekiranya anda berasal dari negara di mana CR150 sudah tersedia, kemungkinan besar anda akan mendapat Pagani 150!

Sumber: RideApart 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan