Categories: Berita

Donald Trump tidak puas dengan keputusan Harley untuk mengalihkan pengeluaran mereka.

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan Eropah terbukti sangat mencabar untuk ditangani oleh semua orang yang terlibat dalam process ini dan ia lebih sukar bagi jenama yang perlu melakukan sebarang urusan perniagaan di AS ataupun Eropah.

Salah satu jenama tersebut ialah Harley-Davidson, yang baru mengumumkan mereka akan mengalih sebahagian daripada pengeluaran motosikal mereka ke luar AS bagi mengelakkan cukai yang dikenakan oleh European Union pada produk Amerika.

Presiden Donald Trump tidak membuang masa dan meluahkan kekecewaannya terhadap Harley-Davidson melalui media sosial kegemarannya, Twitter. Trump mengancam Harley dengan cukai baru supaya “mereka tidak boleh menjual balik kepada AS tanpa membayar cukai tinggi!” kata Trump dalam Twitter pada hari Selasa.

Related Post

Harley-Davidson juga mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengalihkan pengeluaran mereka ke dalam Eropah tetapi sebaliknya akan berusaha terhadap pelan mereka yang sedia ada di Brazil, Australia, India dan terutamanya di Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Matt Levatich mengatakan bahawa dengan menghasilkan di Thailand, contohnya, pengilang Amerika mampu mengelakkan cukai pada motosikal import yang dapat naik hingga 60% di Thailand, dan motosikal Harley yang dihasilkan juga dapat dijual di pasaran Asia Tenggara yang lain dengan cukai yang lebih rendah.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan