Categories: Berita

Aprilia akan membangun RS 150 baru untuk Asia.

SPORTBIKE APRILIA 150 CC BARU AKAN MULA DIUJI DI INDIA DAN AKAN TIBA DI PENGEDAR PADA 2020 DAN AKAN MENGEMBANGKAN PASARAN MEREKA DI INDIA.

Piaggio Group mempunyai dalam tangan mereka satu jenama Itali ikonik: Aprilia. Kadang kala mereka tidak tahu apa yang patut dibuat dengan Aprilia. Kini, Piaggio Group telah menghasilkan satu strategi baru untuk Aprilia bagi pasaran Asia.

Menurut temuduga yang diberi oleh Diego Graffi, Pengarah Urusan Piaggi Group, jenama Itali kini bertuju untuk mengembangkan pasarnya di India dan negara-negara Asia yang lain.

Related Post

Untuk mencapai gol tersebut Aprilia telah mula pembangunan keluarga motosikal 150 cc baru. Bedasarkan versi eropah 125 cc mereka, motosikal-motosikal ini akan tiba di pasaran Asia pada 2020. Fokus utama Aprilia adalah untuk membangun sportbike baru. RS 150 sudah mula diuji di India.

Diego Graffi mengaku bahawa “mempunyai jenama seperti Aprilia dan tidak mengambil kesempatan untuk berkembang dalam pasaran motosikal adalah satu kerugian. Ia boleh membantu kami untuk mengembangkan portfolio motosikal kami dan juga pilihan powertrain dan maka melabur dalam Aprilia ialah satu kemestian”.

Dalam negara-negara Asia, Aprilia dikenali dengan motosikal kemegahan mereka. RSV4 adalah salah satu superbike terhebat. Tetapi hingga kini kilang Noale tidak mempunyai portfolio kuat dengan motosikal kapasiti rendah. Namun jelang 2020 semua itu akan berubah dengan ketibaan RS150 baru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah