HANGTOWN CLASSIC AKHIRNYA BERMULA DAN MONSTER ENERGY YAMAHA FACTORY RACING TEAM MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG MENGAGUMKAN.

sumber gambar: Yamaha Racing

Hangtown Classic telah berlangsung hujung minggu ini dan Monster Energy Yamaha Factory Racing Team telah mula perlumbaan mereka dengan keputusan hebat dari Justin Barcia dan Dean Ferris. Para pelumba ini mengambil cabaran litar Sacramento dengan penuh keyakinan dan menghasil keputusan yang hebat. Barcia masih memulih dari kecederaannya tetapi ia tidak menghalang dia untuk mendapat kedudukan ke-7. Ferris pula mendapat tempat ke-9.

Barcia tidak mengambil bahagian untuk beberapa perlumbaan akhir di Monster Energy AMA Supercross tetapi dia masih berjaya untuk mendapat semula momentumnya untuk mendapat keputusan tersebut. Ferris mengganti Aaron Plessinger dan menyesuaikan diri dengan baik pada litar.

Pasukan Monster Energy Yamaha Factory Racing Team akan menuju ke Fox Raceway di Pala, California untuk perlumbaan Sabtu, 25 Mei.

Related Post

JUSTIN BARCIA (MONSTER ENERGY YAMAHA)- SEPERTI YANG BERLAKU

sumber gambar: Yamaha Racing

“Saya tidak dapat untuk menunggang banyak dan ini adalah hari pertama saya menunggang selama 30 minit jadi ia adalah satu hari yang baik. Saya hanya mahu berlumba, apatah lagi berada di 10 teratas sepanjang hari, jadi ia amat bagus bagi saya. Dalam moto pertama saya mendapat permulaan yang baik tetapi kembali ke lapan. Moto kedua sungguh sukar bagi pergelangan tangan saya. Kami mempunyai beberapa kerja yang perlu dilakukan tetapi saya gembira dapat melalui yang pertama dan tidak sangka akan mendapat dalam 10 teratas. Saya memang ingin berada di sana, saya hanya tahu ia akan mengambil sedikit masa. Kami akan terus berusaha,” kata Barcia seperti yang dipetik dari Yamaha Racing.

DEAN FERRIS (MONSTER ENERGY YAMAHA)- SEPERTI YANG BERLAKU

sumber gambar: Yamaha Racing

“Saya akan mengatakan bahawa hari bermula dengan lambat tetapi kami kembali kepada apa yang kami tahu. Saya merosakkan permulaan saya sedikit di moto pertama. Pada suku terakhir saya mendapat semula irima saya. Saya mempunyai permulaan yang lebih baik di motol kedua tetapi ia huru-hara dengan lumpur dan hujan. Lintasan itu bahaya dengan hujan, tetapi saya rasa tempat kelapan (dari Moto 2) adalah tempat saya sepatutnya hari ini. Saya pasti dengan setiap pusingan kita akan terus bertambah baik.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan