KAWASAKI MENDEDAHKAN KONSEP ELEKTRIK YANG DIKENALI SEBAGAI EV PROJECT DI EICMA MILAN KAWASAKI. NINJA ELEKTRIK SUDAH MULA DIUJI ATAS TREK!

Kawasaki EV Proejct | Sumber gambar: Auto Evolution

Semasa Milan Motorcycle Show baru-baru ini, Kawasaki mengejut ramai dengan konsep elektrik mereka. Project EV adalah langkah pertama dalam masa depan elektrik keluarga Ninja. Motosikal uji sudah menghadapi beberapa sesi uji dan video menunjuk Ninja elektrik baru.

Ninja elektrik ini akan dibuat 100% oleh Kawasaki. Ia akan mendapat ciri-ciri menarik seperti transmisi manual. Kawasaki percaya para penunggang perlu kotak gear manual untuk rasa lebih baik semasa menunggang motosikal elektrik.

Kawasaki EV Project mengguna motor elektrik jenis brushless. Buat masa ini, Kawasaki belum mengeluarkan angka prestasi bagi enjin ini. Mengenai batteri, pengeluar Jepun juga tidak mahu memberi sebarang maklumat.

Related Post

Kawasaki EV Project | Sumber gambar: Red Live

Rangka tubular dan komponen casis lain kelihatan sama seperti Ninja 650.

Yoshimoto Matsuda, Pengarah R&D Kawasaki, kata pada Milan Motorcycle Show bahawa “motosikal elektrik yang anda lihat sini mempunyai enjin gen seterusnya. Ia merupakan sesuatu yang kami telah membangun sejak awal tahun 2000, sama dengan enjin supercas. Kami telah mengkaji beberapa ciri menarik seperti sistem brek janaan semula (regenerative braking) yang boleh diaktifkan dengan jari anda. Beberapa ciri baru ini akan diguna pada motosikal baru kami”.

Hanya beberapa hari selepas pendedahan EV Project di EICMA, Kawasaki mengeluarkan satu video tentang prototaip tersebut yang sedang melalui sesi trek.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan