PERMAINAN VIDEO CYBERPUNK 2077 AKAN MEMAPARKAN MOTOSIKAL ARCH MOTORCYCLE, METHOD 143!

Cyberpunk 2077 merupakan salah satu permainan video yang sangat dinanti-dinantikan selama ini. Jika anda merupakan seorang gamer, anda mungkin kenal Keanu Reeves dalam satu trailer Cyberpunk 2077. Kini ARCH Motorcycle, milik Keanu Reeves akan sertai permainan ini juga! Pembangun permainan video ini Projekt Red mengumumkan Method 143 ARCH Motorcycle akan dipaparkan dalam Cyberpunk 2077.

Pengasas bersama ARCH Motorcycle; Keanu Reeves dan Gard Hollinger menjelaskan bahawa pembangun permainan video Projekt Red berminat untuk mengintegrasikan motosikal Method 143 syarikat itu ke dalam permainan mereka.

Related Post

Dikenali sebagai motosikal konsep pengeluaran utama, ARCH Method 143 adalah motosikal konsep yang sebenarnya boleh dibeli. Dengan harga $ 78,000, dari reka bentuk hingga teknologi dalam motosikal; Method 143 memang merupakan karya seni yang mahal. Melalui kerjasama ini, kami sebagai penunggang motosikal akhirnya berpeluang menunggang salah satu motosikal produksi termahal di bumi ini… .. secara virtual.

Garis masa permainan ini ditetapkan sudah hampir 50+ tahun dari sekarang; Method ARCH 143 dalam permainan Cyberpunk agak berbeza dengan perkara sebenarnya. Untuk selaras dengan garis masa, power plant kuasa motor dalam permainan telah diperbaharui. Dalam kes reka bentuk; Projekt Red telah menambahkan beberapa sentuhan “futuristik” pada Method 143 dalam permainan. Walaubagaimanapun, reka bentuknya tetap asli seperti motosikal sebenar.

Projekt Red bukan sahaja meletakkan Method 143 secara visual dalam permainan mereka. Sebenarnya, pembangun permainan dan ARCH Motorcycle telah bekerjasama untuk merakam bunyi enjin Method 143 untuk digunakan dalam permainan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan